suria

Mayat Empat Adik-Beradik Wong Ditemui

Mangsa lemas Wong Sie Hou, 8, (kiri) dan adiknya Wong Sie See, 6, dijumpai sekitar jam 8 hingga 9 pagi tadi di Sungai Leba'an dekat Bawang Assan, Sibu hari ini. Manakala mayat Wong Sie Hou dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian. Kejadian Ahad lalu, keempat-empat mangsa yang berusia antara 6 hingga 12 tahun itu terjatuh dalam pasir jerlus setelah menyertai ibu bapa mereka yang menyusuri sungai itu ketika air sungai surut bagi mencari siput. -Foto BERNAMA

KUCHING: Mayat dua adik-beradik terakhir yang jatuh ke Sungai Rejang di Sibu pada Ahad lalu telah ditemui.

Mayat Wong Sie Hou, 8, dan Sie See, 6, ditemui penduduk kampung di beberapa lokasi sekitar sungai tersebut pada pagi ini.

Pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya menghantar mayat-mayat tersebut ke rumah mayat di Hospital Sibu.

Mayat Sie Sang, 10 dan Sie Kong, 12 ditemui semalam.

Sementara itu, keluarga mangsa membuat persiapan untuk mengadakan pengebumian keempat-empat saudara kandung itu yang tergelincir ketika mencari siput di tebing sungai.

Artikel Lain