suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10,000 Anggota SRS Sedia Bantu Polis Cegah Jenayah

KOTA BAHARU: Seramai 10,000 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan sedia dikerah bagi membantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan negara dari ancaman jenayah.

Timbalan Pengarah JPNIN, Wan Zumaiza Wan Mustapha berkata pasukan anggota SRS kini boleh dilihat sebagai pasukan polis simpanan yang menjadi "mata telinga" pasukan keselamatan dalam mengurangkan beban polis menangani gejala jenayah.

"Kita bukan untuk dapat kuasa tetapi memberi sumbangan secara sukarela membantu polis menangani jenayah," katanya ketika berucap pada Majlis Komuniti Policing PDRM Kota Baharu di sini.

Sementara itu Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim mengingatkan anggota SRS tidak bertindak seperti penjenayah ketika menahan seseorang suspek dan setiap tindakan haruslah tidak bertentangan dengan prinsip anggota keselamatan.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan menasihatkan anggota SRS melaporkan segera kepada polis sebaik menahan seseorang penjenayah bagi memastikan tindakan mengikut lunas undang-undang.

Pada majlis itu beliau telah menyerahkan 20 helai vest kepada anggota SRS Kampug Lundang untuk dipakai ketika menjalankan tugas bagi memudahkan orang ramai mengenali pasukan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain