suria

26 Pengunjung Kelab Malam Positif Dadah Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang memaki-hamun polis semasa "Ops Hiburan" antara 27 orang yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Sentul awal pagi ini.

Turut ditahan ialah 10 wanita semasa serbuan pada pukul 3.30 pagi itu dilakukan ketika kelab malam yang mengadakan sambutan ulang tahun kedua pembukaannya itu, sesak dengan pengunjung.

"Seramai 211 pengunjung menjalani ujian air kencing dan 26 daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu, ecstasy, ketamin dan ganja," kata DSP Baharuddin Mat Taib yang mengetuai operasi Jabatan Narkotik Polis Kuala Lumpur dan Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur itu.

Semantara itu wanita yang memaki-hamun anggota polis itu dipercayai pekerja di kelab malam itu.

Kelab malam terbabit juga diambil tindakan kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan, katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 40-an dan mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain