suria

Syarikat Insurans Bayar Pampasan Pesakit Meninggal Akibat H1N1

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans akan membayar pampasan kepada waris terdekat pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat penyakit Influenza A H1N1, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika pemegang polisi insurans hayat yang meninggal dunia disebabkan virus A H1N1, syarikat berkenaan akan memberi pampasan seperti mana yang disyaratkan.

"Syarikat insurans akan membayar pampasan sepertimana yang disyaratkan dalam polisi insurans hayat yang berkenaan.

"Syarikat insurans tidak akan membezakan tuntutan kematian akibat penyakit A H1N1 daripada mana-mana tuntutan kematian yang lain, tidak ada bezanya," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu pada persidangan Dewan Negara di sini.

Empiang bertanya sama ada terdapat pembayaran pampasan kepada anggota keluarga terdekat pemegang-pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat wabak H1N1 dan sama ada pampasan itu mengikut kadar terkandung di dalam polisi insurans hayat pemegang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain