suria

Kastam Rampas 66.4 Kg Ketamin Bernilai RM1.1 Juta Di KLIA

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa), Datuk Md Hashim Pardi (tiga kiri) menunjukkan satu daripada 12 bekas air minuman aluminium yang mengandungi bungkusan plastik dipercayai breisi dadah jenis ketamin pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam cawangan Narkotik di Kampung Jijan, di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.

NIILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan tiga warga asing dan merampas dadah jenis ketamin seberat 66.4 kilogram bernilai RM1.1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dua hari lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Md Hassim Pardi berkata pihaknya menahan tiga lelaki warga India berusia antara 20 dan 30an ketika dalam transit di KLIA pada pukul 3 pagi, Selasa lalu.

Katanya kesemua suspek dalam penerbangan dari Dhaka, Bangladesh ke Denpasar, Bali, Indonesia, apabila pihaknya menerima maklumat mengenai tindakan lelaki berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Md Hassim berkata bekalan dadah itu disorok dalam 12 bekas air minuman aluminium yang sudah diubahsuai dengan setiap bekas mengandungi kira-kira 5.5 kilogram ketamin.

"Kesemua suspek itu membawa enam bagasi di mana setiap seorang membawa dua beg. Setiap beg mempunyai dua bekas air minuman atau 'tea vessel'," katanya.

Pemeriksaan selanjutnya ke atas setiap bekas minuman itu menemui dadah berjumlah 66.4 kilogram dan cuba diseludupkan ke negara lain, katanya.

Md Hassim berkata suspek yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa itu membuat satu ruang kecil dalam bekas air minuman itu untuk menyorok dadah dan kemudian menampalkannya dengan penutup yang sudah digam.

Katanya suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan mereka disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Menurutnya sepanjang tahun ini, pihaknya telah merampas dadah bernilai RM44.96 juta dan menahan 40 orang iaitu 36 warga asing dan empat rakyat Malaysia.

Warga asing yang ditahan tersebut ialah 27 warga India, enam Iran, dua Pakistan dan seorang warga Jepun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain