Nik Aziz Tak Perlu Ditegur - Harun Taib - Semasa | mStar

Nik Aziz Tak Perlu Ditegur - Harun Taib

PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak perlu ditegur kerana Mursyidul Am PAS itu tidak melakukan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, tiada keperluan untuk menegur pemimpin veteran itu sebaliknya menyalahkan media yang memperbesarkan isu berkenaan.

"Buat apa nak tegur? Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tidak perlu ditegur, Tok Guru tak buat apa-apa kesalahan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemimpin-pemimpin PAS dari kalangan tokoh agama supaya menegur sebarang perbuatan Nik Abdul Aziz yang bertentangan dengan Islam seperti mendoakan orang Islam lain ditimpa musibah.

Bagaimanapun Harun tetap mempertahankan tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan supaya Allah memberi petunjuk kepada manusia yang menzalimi orang lain.

"Apa yang salahnya kalau kita mohon supaya beri petunjuk kepada orang buat zalim?

"Kita faham sebagai manusia kita perlu bantu orang yang dizalimi, jadi begitu juga kepada orang yang menzalimi, golongan sebegini kita perlu minta pertolongan Allah untuk bantu," katanya.

Nik Abdul Aziz ketika berucap pada perhimpunan sempena kuliah mingguannya di Kota Bharu baru-baru ini mendoakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan agar 'pecah perut'.

Beliau sebelum ini meminta orang-ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi royalti minyak dan sekiranya tidak, mendoakan supaya Allah memusnahkan Perdana Menteri, UMNO dan proksi-proksinya.

Artikel Sebelum

Mahathir Cabar CTRM Bina Pesawat Lebih Murah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?