suria

Perkhidmatan KTM Antarabandar Pantai Timur Kembali Pulih

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Antarabandar di wilayah Pantai Timur yang sebelum ini terjejas akibat banjir sejak 22 November lepas dijangka beroperasi semula sepenuhnya mulai pukul 8 malam ini.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, perkhidmatan tren tempatan serta perkhidmatan ekspres (Timuran dan Wau) akan kembali beroperasi tanpa sebarang pembatalan tren ekoran penurunan paras air dan kerjakerja membaik pulih landasan yang hampir siap.

Bagaimanapun, katanya keadaan ini bergantung kepada cuaca semasa dan KTMB akan melihat semula kepada alternatif yang sedia ada jika paras air kembali naik ke paras bahaya. Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada KTMB dengan menghubungi talian 03-22671200. BERNAMA

Artikel Lain