suria

'Adakah Karpal Mahu Balai Polis Ditutup Pukul 5 petang?' - Musa

PETALING JAYA: Permintaan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu pihak polis menghentikan proses menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat adalah sama seperti meminta balai polis ditutup pada pukul 5 petang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa secara sinis berkata, "Jika begitulah keadaannya, sesiapa yang mahu membuat laporan polis selepas waktu pejabat boleh berjumpa dengan Karpal."

Katanya, tidak ada gunanya beroperasi siang dan malam jika polis tidak boleh merekodkan kenyataan daripada saksi selepas waktu pejabat.

Ketua Polis Negara menerangkan bahawa pihak polis tidak ‘menyoal siasat’ saksi sebaliknya mereka hanya menjawab soalan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Karpal yang mendakwa polis telah menghina keputusan Mahkamah Tinggi sekiranya mereka meneruskan proses menyoal siasat saksi melebihi pukul 5 petang.

Karpal berkata, berkata keputusan itu bukan saja terpakai bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi juga bagi penyiasatan yang dilakukan oleh polis.

Khamis lalu, Hakim Ariff Md. Yusof yang memutuskan SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Keputusan tersebut dibuat selepas saman yang dikemukakan oleh anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boo Wah terhadap SPRM kerana mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan terhadapnya selama 16 jam sehari telah menyalahi undang-undang dan menyebabkan beliau mengalami kerugian serta kesan buruk.

Karpal, menggesa Ketua Polis Negara untuk mengarahkan anggota polis untuk berhenti menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Beliau berkata, pihak polis dan SPRM adalah tertakluk kepada keputusan yang diputuskan itu selaras dengan Artikel 20 peraturan lokap 1953.

Musa berkata, di bawah Seksyen 112 Akta Jenayah, polis boleh merekodkan kenyataan daripada mana-mana saksi termasuk mangsa yang secara sukarela tampil kehadapan untuk membantu siasatan.

"Jika saksi datang untuk memberi kenyataan mereka pada waktu malam, adakah Karpal mahu kami menghalau mereka?," katanya.

Jelasnya, saksi tidak boleh dipaksa untuk menjawab soalan yang membabitkan mereka.

Pihak polis hanya merekodkan kenyataan daripada suspek di bawah Seksyen 113 Akta Procedur Jenayah sambil menambah bahawa kenyataan tersebut hanya boleh direkodkan selepas waktu pejabat di dalam lokap.

Katanya, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan kententeraman awam terpelihara setiap masa.

Artikel Lain