suria

Bekas Ketua Hakim Negara Meninggal Dunia

TERKINI: BEKAS Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar, meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi akibat kegagalan ginjal. Beliau berusia 80 tahun.

Merupakan anak kelahiran Kedah, Allahyarham Tun Abdul Hamid mendapat pendidikan awalnya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star pada tahun 1940 tetapi malangnya pengajiannya terbantut kerana Perang Dunia Kedua.

Beliau bagaimanapun berjaya menyambung semula persekolahannya sebaik sahaja perang tamat dan menamatkan pengajian dengan memperolehi sijil 'Senior Cambridge'.

Tun Abdul Hamid kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln Inn, London.

Beliau memulakan kariernya sebagai Magistret pada tahun 1955 kemudian sebagai Timbalan Pendakwaraya Negeri Perak antara 1960-1961 dan selepas itu dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1961.

Pada tahun 1967, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan setahun selepas itu telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Pada 3 Febuari 1984, beliau telah dilantik ke jawatan Ketua Hakim Malaya dan mencapai kemuncak kerjayanya sebagai Ketua Hakim Negara pada 10 November 1988.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain