suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

7 cedera, gerabak Ekspres Sinaran Pagi tergelincir

JOHOR BAHRU: Tujuh penumpang cedera apabila enam daripada sembilan gerabak Ekspres Sinaran Pagi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, tergelincir berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat dekat sini, hari ini.

Menurut Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar, tujuh penumpang itu mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat.

Ketika kejadian pada 11.50 pagi itu, keretapi tersebut membawa lebih daripada 250 penumpang.

"Empat daripada gerabak tersebut adalah gerabak penumpang manakala dua lagi adalah gerabak kafeteria dan penjana kuasa elektrik," katanya.

Kesemua penumpang kereta api itu telah dihantar ke destinasi masing-masing dengan bas yang disewa khas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain