Tanah mendap penduduk flat San Peng diarah kosong kediaman - Semasa | mStar

Tanah mendap penduduk flat San Peng diarah kosong kediaman

JALAN MENDAP..Sebatang jalan mendap teruk petang semalam mengakibatkan 22 keluarga yang tinggal di kawasan Kuarters DBKL dan JKR Jalan San Peng, Kuala Lumpur dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran. Foto SIN CHEW.
JALAN MENDAP..Sebatang jalan mendap teruk petang semalam mengakibatkan 22 keluarga yang tinggal di kawasan Kuarters DBKL dan JKR Jalan San Peng, Kuala Lumpur dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran. Foto SIN CHEW.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 22 rumah dengan 100 penghuni kuaters Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan San Peng di sini diarah supaya mengosongkan kediaman masing-masing setelah berlakunya mendapan tanah di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata kejadian mendapan yang berlaku kira-kira pukul 7 malam itu dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah yang berusia lebih 40 tahun.

"Kita difahamkan paip itu sedang diperbaiki selepas beberapa kali penduduk mengadu ada lelehan air dari paip itu, tetapi sebab kerja-kerja pembaikian belum selesai, masih ada air yang meleleh menyebabkan mendapan tanah berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian itu menyebabkan flat yang berusia kira-kira 30 tahun itu sedikit mendap menyebabkan kedudukannya agak senget selain beberapa rumah yang mengalami keretakan.

Katanya kejadian itu juga dipercayai berlaku ekoran kerjakerja pembinaan satu blok pusat pemborong 19 tingkat, di Jalan Gelugor, hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan perumahan berkenaan.

Turut meninjau kawasan kejadian ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenainya ketika menghadiri sebuah majlis bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Shahrizat ketika ditemui pemberita berkata, kesemua mangsa akan dipindahkan ke hotel berdekatan untuk sementara waktu.

Beliau juga meminta punca kejadian disiasat segera bagi memastikan tidak ada sebarang kejadian buruk berlaku terhadap penduduk kawasan berkenaan.

Manakala seorang penghuni flat berkenaan A.Chandran, 35 mendakwa pemaju lambat mengambil tindakan walaupun banyak aduan keretakan rumah telah dibuat oleh penghuni.

"Mereka cuma tampal retakan itu...masa mereka gerudi tanah kami dapat rasa rumah bergegar. Kami risau dan telah buat aduan tetapi tidak ada sebarang tindakan," katanya.

Sehingga pukul 12 malam tadi pasukan penyelamat dan polis masih dalam proses memindahkan penghuni perumahan berkenaan. Bagaimanapun belum dapat dipastikan kadar mendapan yang berlaku. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain