suria

Kematian ADUN Manik Urai kehilangan besar kepada kerajaan negeri - Nik Aziz

KUALA KRAI: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan parti PAS.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, 60, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung, sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

Nik Aziz mengimamkan sembahyang jenazah Ismail di Masjid Manik Urai Lama di sini dengan disertai oleh kira-kira 2,000 yang lain, sebelum dikebumikan selepas sembahyang Jumaat.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Balu Allahyarham Siti Zaharah Ibrahim, 58, berkata suaminya dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sejak 26 April lalu. Ismail mewakili kerusi Manik Urai selama lima penggal sejak memenanginya pada pilihan raya umum 1985. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zambry MB Perak sah

Artikel Berikut

Artikel Lain