suria

Bekas pelajar akui cederakan pengerusi Senat Kolej New Era

BEKAS penuntut Kolej New Era, Abraham Lim Ken Zhi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang hari ini terhadap tuduhan mendatangkan cedera parah terhadap pengerusi senat kolej itu Dr Yap Sin Tian minggu lepas. Lim, 22, didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Seorang bekas penuntut Kolej New Era hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini terhadap tuduhan mendatangkan cedera parah terhadap pengerusi senat kolej itu, Dr. Yap Sin Tian pada minggu lepas.

Abraham Lim Ken Zhi, 22, dari Ulu Tiram, Johor dituduh memukul mangsa dengan tangan kanannya di dalam dewan konvokesyen kolej berkenaan di Jalan Bukit, Kajang pada pukul 10.10 pagi, 11 Januari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Nurdiana Mohd Nazari membenarkan Lim diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac untuk mendengar fakta kes, mitigasi tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Terdahulu, Penolong Pendakwa Raya Nurul'ain Abdul Rahim meminta mahkamah membenarkan Lim diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tetapi peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Lim memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin kepada RM3,000 serta meletakkan syarat supaya dokumen perjalanan anak guamnya diserahkan kepada mahkamah bagi menjamin kehadiran Lim di mahkamah.

Lim telah membayar ikat jamin itu.

Dalam kejadian itu, Dr Yap, 69, sedang menyampaikan ucapan kepada siswazah baru semasa konvokesyen kolej itu apabila tertuduh dikatakan menghampiri dan menumbuknya menyebabkan hidung mangsa berdarah.

Kejadian itu berlaku dipercayai berhubung keengganan pihak pengurusan untuk memperbaharui kontrak bekas prinsipal Dr. Kua Kia Soong. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain