Bahan kempen RM218 juta: Umno berjaya ketepikan penghakiman tanpa kehadiran - Semasa | mStar

Bahan kempen RM218 juta: Umno berjaya ketepikan penghakiman tanpa kehadiran

KUALA LUMPUR: Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihan raya bernilai lebih RM218 juta.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

Syarikat itu memohon satu penghakiman tanpa kehadiran itu ekoran kegagalan Umno menjawab samannya.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Umno, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengemukakan satu memorandum kehadiran bersyarat bagi membolehkannya memfailkan permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan syarikat itu.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Mohd Hafarizam berkata, Tuimbalan Pendaftar menerima alasan Abdul Azim dalam permohonan mengetepikan penghakiman tanpa kehadiran itu, bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan dibuat tanpa memenuhi Aturan 10 Kaedah 1 Peraturanperaturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan.

Katanya, dokumen-dokumen itu tidak diserahkan sendiri kepada defendan manakala Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

Dalam writ samannya yang difailkan menerusi Tetuan Termizi & Co, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Elegant Advisory berkata oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan permohonan dibuat dalam jangka masa singkat, ini menyebabkan syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan itu pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.

Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Elegant Advisory diwakili peguam Nazruddin Abdullah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kerajaan Perak tidak iktiraf 2 ADUN

default image

ADUN Behrang dianiaya PKR?

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain