suria

Makanan tambahan mampu serap logam tubuh manusia dicipta USM

AZHAR Mat Easa menunjukkan produk yang mampu menyerap logam berat dari tubuh manusia yang dihasilkannya semalam. Produk tersebut yang diberi nama "MDRP: Food Grade Biosorbent From Durian Skin" adalah yang pertama dihasilkan di negara ini. -fotoBERNAMA
AZHAR Mat Easa menunjukkan produk yang mampu menyerap logam berat dari tubuh manusia yang dihasilkannya semalam. Produk tersebut yang diberi nama
AZHAR Mat Easa menunjukkan produk yang mampu menyerap logam berat dari tubuh manusia yang dihasilkannya semalam. Produk tersebut yang diberi nama "MDRP: Food Grade Biosorbent From Durian Skin" adalah yang pertama dihasilkan di negara ini. -fotoBERNAMA

PULAU PINANG: Makanan tambahan mampu menyerap logam berat daripada tubuh manusia daripada pangsa buah durian?

Ia merupakan hasil ciptaan terbaru seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM).

Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Prof Madya Azhar Mat Easa berkata, produk makanan tambahan yang diberi nama "MDRP: Food Grade Biosorbent From Durian Skin" itu adalah yang pertama seumpamanya dihasilkan di negara ini.

"Penyelidikan dengan konsep memanfaat bahan buangan bertujuan untuk mencari penyelesaian berhubung isu pencemaran logam berat seperti plumbum dan raksa kepada manusia dan hidupan akuatik.

"Produk yang dihasilkan itu telah diuji dan terbukti mampu untuk menyerap logam berat dari dalam tubuh manusia yang seringkali menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit berbahaya dan boleh membawa maut seperti kegagalan buah pinggang," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau menjalankan penyelidikan selama dua tahun untuk menghasilkan pangsa durian yang boleh dimanafaatkan untuk tujuan kesihatan itu.

Kata Azhar, pangsa durian itu perlu melalui beberapa proses antaranya dihancurkan dan dicampur dengan beberapa bahan kimia sebelum boleh digunakan untuk menjadi makanan tambahan.

"Fungsi produk itu ialah ia akan 'mengikat' logam-logam berat yang ada dalam tubuh manusia dan kemudiannya dikeluarkan melalui najis.

"Pada tahap ini kita telah hasilkan produk itu dalam bentuk serbuk yang mana ia akan dicampurkan dengan air sebelum diminum dan kemungkinan pada masa akan datang ia akan dikeluarkan dalam bentuk pil atau kapsul bagi memudahkan penggunaannya," kata beliau dipetik Bernama.

Penyelidikan makanan tambahan itu juga mampu bertindak sebagai agen antikanser namun memerlukan kajian lebih terperinci dan mendalam dengan bantuan ahli farmasi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain