Antara hidangan yang bakal mencuri tumpuan adalah Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku, Rendang Paru dan Sambal Goreng Jawa.
Bagi penggemar makanan Barat, terdapat hidangan berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne, Linguine, Aglio-Olio beserta sos Bolognese dan Carbonara.
Selain itu, cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung yang datang ke sini.
Para pengunjung juga bakal disajikan dengan nyanyian dari Rosma, bekas peserta Akademi Fantasia sambil menjamu selera.
Bagi pengunjung yang datang dari jauh atau yang ingin menikmati hidangan hingga lewat malam, pihak PICC turut mengadakan Solat Tarawih berjemaah di surau yang disediakan.
Pakej ini berharga RM80 untuk dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak yang boleh dinikmati sehingga 25 Julai ini.Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma.
Buffet akan disajikan bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.


