suria

Biskut Cornflakes Madu

JIKA anda mempunyai masa yang terhad dan inginkan resipi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap, biskut cornflakes madu adalah jawapannya.

Ia dihasilkan menggunakan cornflakes dan madu sebagai bahan asas.


Bahan-bahan:

5 cawan Cornflakes

1/4 cawan madu

1/4 cawan mentega

1 1/2 sudu besar gula kastor

Ceri atau taburan manik, untuk hiasan

Paper cup secukupnya

Cara-cara:

Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.

Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.

Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.

Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.

Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

biskut cornflakes madu

Artikel Sebelum

Rendang Daging Istimewa

Artikel Berikut

Acar Timun

Artikel Lain