suria

Latihan Bahasa Inggeris Perlu Diteruskan Selepas PPSMI Dihenti

Michael Hughes

APABILA program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ditamatkan pada 2009, kerajaan kembali menetapkan penggunaan Bahasa Malaysia bagi setiap sekolah kebangsaan di seluruh negara dan bahasa ibunda digunakan di sekolah vernakular, menyebabkan jurang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, kata Pengurus Projek ELT SMR Group, Michael Hughes.

Ketua Pegawai Eksekutif SMR Group, Syed Muzakir Al-Jofre berharap Kerajaan akan meneruskan Program Penutur Jati dan Program Peningkatan Kemahiran Profesional Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT).

Hughes berkata, program Pro-ELT member peluang kepada guru untuk keluar dari kelas dan menghadiri bengkel dengan matlamat meningkatkan kecekapan bahasa. tetapi Program Penutur Jati adalah bertujuan membantu guru menerapkan kaedah yang berkesan dan meningkatkan keupayaan bahasa mereka.

“Program ini lebih berkesan kerana subjek meliputi penceritaan, penggunaan kad, fonik, fungsi bahasa dan tatabahasa. Malah pelatih bekerjasama dengan guru supaya mereka boleh memahami dan membantu untuk menyampaikan isu berbangkit,” katanya.

Dengan menekankan kualiti mentor guru atau pelatih, sebagai elemen yang penting, Hughes berkata, tidak tempat disediakan bagi mereka yang tidak serius dalam program ini.

Jelasnya, daripada 3,000 pemohon, hanya 800 ditemuramah dan daripada jumlah tersebut, hanya 200 pemohon sahaja yang dilantik untuk bekerja.

Dengan memberi focus kepada guru Bahasa Inggeris Tahap Satu, Dua dan Tiga, pelatih program akan melakukan pemantauan dan bekerjasama dengan guru Malaysia menerusi bantuan kaedah, mengadakan sesi latihan untuk mengajar bahasa komunikasi kepada murid, dan membantu guru meningkatkan kemahiran komunikasi sendiri dan meningkatkan keyakinan dalam berbahasa Inggeris.

Mentor yang berperanan melatih pelajar.


“Program Penutur Jati mewujudkan asas yang kukuh bagi membentuk sebuah negara yang cekap menggunakan Bahasa Inggeris. Keputusan melaksanakan program ini wajar dipuji dan keputusan yang tepat oleh Kerajaan kerana mengenalpasti masalah di peringkat akar umbi berbanding mengambil langkah jangka masa pendek.

“Orang ramai mempersoalkan keberkesanan program ini dengan menuding jari kepada graduan Malaysia yang tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris tetapi mereka tidak faham bahawa kami sedang berusaha keras di peringkat akar umbi dengan bermula bersama golongan kanak-kanak.

“Kami memerlukan masa untuk melihat hasil program ini tetapi dengan asas yang betul, program ini pasti mencapai kejayaan yang diingini,” kata Syed Muzakir.

Tambah beliau, tinjauan turut mndapati bahawa murid-murid yang terlibat dalam projek berkumpulan mencapai keputusan yang lebih baik berbanding murid yang tidak terlibat.

“Kebanyakan guru mendapat manfaat daripada program ini dan memberi testimony tentang maklum balas murid dan membangunkan keupayaan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin dan tenang kerana cara pembelajaran baharuyang digunakan.

“Mereka juga melaporkan tentang kejayaan kaedah fonik untuk mengajar membaca yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam jumlah pelajar yang mampu membaca pada akhir Tahap Satu.

“Perkembangan ini, digabungkan dengan program Literasi dan Numerasi (LINUS), memberi sumbangan besar dalam peningkatan celik huruf dalam kalangan kanak-kanak Malaysia.

“SMR Group bermula sebagai penyedia penyelesaian sumber manusia tetapi aspirasi seiring dengan pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan bahagian penting dalam pembangunan modal insan.

“Melatih pelatih, dalam kes ini adalah guru, merupakan kekuatan kami. Ini kerana kami dalam industri sumber manusia, kami lebih awal melihat penguasaan Bahasa Inggeris menjadi masalah awal kepada pekerja,” kata Syed Muzakir sambil menambah penglibatan syarikatnya untuk membantu melatih golongan guru.

SMR Group, British, Bahasa Inggeris

Artikel Lain