suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja dijadikan anak angkat polis lepas curi pisang

Remaja 17 tahun diarak selepas mencuri pisang.

SEORANG pelajar sekolah menengah diarak mengelilingi kampung tanpa berbaju selepas ditangkap mencuri empat tandan pisang di kebun pada Isnin lepas.

Remaja 17 tahun itu mencuri atas faktor kemiskinan dan ingin memberi adiknya makan.

Kedua-dua beradik itu tinggal dengan datuk selepas ibu mereka meninggal dunia pada 2019 dan bapa pula menghilangkan diri.

Datuk mereka hanya bekerja sebagai pemotong rumput untuk dijadikan makanan kepada kambing.

Mujahid (kanan) memeluk remaja yang mencuri pisang untuk memberi adiknya makan. -Foto Polresta PatiMujahid (kanan) memeluk remaja yang mencuri pisang untuk memberi adiknya makan. -Foto Polresta Pati

Kejadian berlaku di Kabupaten Pati di Jawa Tengah, Indonesia.

Kes itu tular di media sosial selepas penduduk kampung merakam video remaja itu diarak kerana mencuri.

Atas dasar kemanusiaan kes itu diselesaikan secara baik dan remaja itu kemudian dijadikan anak angkat Polis Tlogowungu.

"Kami mahu membantunya keluar dari kesulitan. Atas arahan Ketua Polis Pati, kami jadikan remaja itu anak angkat.

"Kami mahu membantunya dalam bidang Pendidikan," kata Ketua Polis Tlogowungu, Mujahid. -Agensi

Artikel Lain