suria

Gempa Magnitud 5.1 Berhampiran Loji Nuklear Fukushima

HONG KONG: Gempa berukuran 5.1 magnitud melanda pesisir pantai berhampiran loji nuklear Fukushima, awal pagi Sabtu, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa sederhana itu berpusat di 34 kilometer timur pantai Bandar Namie di Fukushima, di mana gempa yang mengakibatkan tsunami melanda pada Mac 2011 itu menyebabkan bencana nuklear yang bocor dari loji berkenaan.

Gempa berlaku pukul 2.18 pagi waktu tempatan di timur perairan Pulau Honshu di kedalaman 63 kilometer.

Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan Agensi Meteorologikal Jepun, demikian menurut agensi berita Kyodo. - AFP

Artikel Sebelum

Venezuela Rampas 3.6 Tan Ganja

Artikel Berikut

Artikel Lain