Menteri Perdagangan Indonesia Letak Jawatan Tumpu Pilihan Raya Presiden - Dunia | mStar

Menteri Perdagangan Indonesia Letak Jawatan Tumpu Pilihan Raya Presiden

JAKARTA: Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan mengumumkan peletakan jawatan kabinetnya berkuat kuasa 1 Februari ini bagi memberi tumpuan kepada kempen menjadi calon Partai Demokrat pada pilihan raya umum Presiden Indonesia tahun ini.

Parti Demokrat ialah parti pemerintah yang dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Dalam pengumuman pada Jumaat, Gita berkata, pengundurannya dibuat berdasarkan kesedaran bahawa beliau berdepan dengan konflik kepentingan yang besar jika terus menjadi Menteri Perdagangan dan terlibat sepenuhnya dalam politik khususnya Partai Demokrat.

"Saya berterima kasih kepada keluarga dan semua rakan yang memberikan sokongan,” kata Gita dalam sidang berita di sini.

Gita, yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan oleh Susilo pada Oktober 2011 menggantikan Marie Elka Pangestu, adalah seorang daripada 11 orang yang menawarkan diri sebagai calon Presiden dari Partai Demokrat.

Turut menawarkan diri sebagai calon Presiden dari parti itu ialah Menteri Perusahaan Milik Negara (BUMN), Dahlan Iskan, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Marzuki Alie dan Rektor Universiti Paramadina Anies Baswedan.

Kementerian Perdagangan kini menunggu keputusan Susilo mengenai pengganti Gita. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Ribut Salji Landa Jepun

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain