suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

500 Terbunuh Di Penjara Venezuela Pada 2013

CARACAS: Seramai 506 banduan terbunuh dan lebih 600 cedera dalam keganasan di penjara Venezuela pada tahun 2013, menurut laporan yang dikeluarkan Khamis.

Namun, angka keganasan di penjara itu tetap menunjukkan penurunan 14 peratus dalam pembunuhan dan 46 peratus dalam kecederaan berbanding 2012, kata NGO pemantau penjara di Venezuela.

"Kecederaan dan pembunuhan secara amnya melibatkan senjata api dan instrumen tumpul," menurut laporan.

Purata umur mangsa adalah 28.

51 buah penjara di Venezuela merupakan yang paling penuh dan padat apabila negara Amerika Selatan itu bergelut dengan lonjakan jenayah.

Venezuela merupakan salah satu negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia, dengan 79 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun lepas.

Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun, mempunyai kadar pembunuhan yang lebih rendah iaitu sebanyak 39 kes pembunuhan bagi setiap 100,000.

Artikel Lain