suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

21 Kawasan Penempatan Di Jakarta Dilanda Banjir

JAKARTA: Hujan lebat sejak malam Selasa telah mengakibatkan 21 kawasan penempatan di Jakarta dilanda banjir pada Rabu dan mengganggu aktiviti harian penduduk di bandaraya ini.

"Banjir berlaku di 21 kawasan penempatan dengan ketinggian air antara 30 hingga 200 sentimeter," kata Ketua Jabatan Pengendalian BPBD, yang menangani masalah banjir, Basuki Rakhmat.

Kawasan yang paling terjejas oleh banjir ialah Jakarta Timur, yang melibatkan sejumlah 43,452 mangsa, namun daripada jumlah itu hanya 8,907 mangsa yang dipindahkan ke 30 pusat pemindahan, katanya.

Di Jakarta Selatan, banjir menjejaskan kawasan daerah Bukit Duri, Pejaten Timur dan Jati Padang dengan dinaiki air setinggi 50 hingga 150 sentimeter dan melibatkan 5,766 mangsa banjir.

Banjir juga melanda kawasan Kapuk, Duri Kosambi dan Kedoya Selatan di Jakarta Barat, yang dinaiki air antara 50 hingga 150 sentimeter.

Di pusat bandar, kesesakan lalu lintas yang luar biasa berlaku di beberapa kawasan khususnya di Jalan Hayam Wuruk yang dinaiki air.

Sementara itu Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Mohammad Nuh terpaksa berjalan kaki dari rumahnya di Jalan Widya Chandra, Jakarta menuju pejabatnya di kawasan Senayan pada pagi Rabu.

"Jalan kaki pagi tadi menuju pejabat. Hari ini Jakarta sesaknya luar biasa," tulis Nuh di akaun Facebook. - BERNAMA

Artikel Lain