suria

Bekas Wanita Pertama Perancis Mungkin Akan Menulis Buku

PARIS: Bekas Wanita Pertama Perancis, Valerie Trierweiler mendedahkan beliau mungkin akan menulis buku mengenai hubungannya dengan Presiden yang terputus sambil berkata beliau 'lebih kecewa berbanding marah' mengenai skandal tersebut.

Dalam temu bual dengan Majalah Parisien yang akan disiarkan pada Jumaat, Trierweiler menyifatkan lawatan beliau ke India minggu ini sebagai 'kembali kepada kebebasan, jauh dari dunia politik dan pengkhianatannya'.

Presiden Francois Hollande telah berdepan kritikan terhadap cara kurang sopan beliau yang pada hujung minggu lalu mengumumkan bahawa beliau telah berpisah dengan Trierweiler selepas menjalinkan sulit dengan seorang pelakon, dalam satu kenyataan ringkas kepada AFP.

Bekas wanita pertama itu berkata beliau 'lebih kecewa berbanding marah' tentang perpecahan hubungan itu.

Tetapi menambah, "Saya tidak menolak untuk menulis buku".

Katanya beliau telah menjawab mesej teks daripada Hollande ketika berada di India.

"Beliau bimbang tentang perjalanan organisasi dan mengenai kesihatan saya," kata Trierweiler.

Trierweiler ditemubual semasa lawatan dua hari ke India bagi pihak sebuah badan amal Perancis yang menyaksikan beliau melawat perkampungan dan menyaksikan program pemakanan untuk kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.

Dalam temubual itu beliau berkata "lebih berminat untuk kembali ke kehidupan yang normal secepat mungkin kerana saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada set selebriti, dan saya tidak akan menjadi sebahagian daripadanya."

Beliau yang berusia 48 tahun itu merancang untuk meneruskan kerja-kerja amal dan bukan kembali ke peranan sebelumnya sebagai seorang wartawan politik.

Prospek untuk melindungi Hollande akan menjadi "terlalu rumit" yang diakui beliau pada akhir perjalanan.

Artikel Lain