Pelajar Malaysia Mengadu Salah Laku Penumpang Pesawat - Lapor Akhbar - Dunia | mStar

Pelajar Malaysia Mengadu Salah Laku Penumpang Pesawat - Lapor Akhbar

BANGALORE: Seorang pekerja sebuah hospital swasta ditahan selepas seorang pelajar Malaysia menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam pesawat, lapor akhbar Times of India.

Pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore berkata lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam penerbangan pesawat JetKonnect dari Bangalore ke Mangalore pada Selasa.

Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi.

Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar, menurut akhbar itu.

Walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin, tetapi dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan selepas mendarat, yang seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore yang menahan lelaki tersebut untuk di soal siasat.

Lelaki itu ditahan dan dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Pihak polis berkata majistret telah mengenakan tahanan reman kepadanya.

Inspektor Narasimha Murthy berkata lelaki tersebut didakwa kerana melakukan serangan/menggunakan paksaan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat mencabul kehormatannya.

Sumber berkata lelaki itu memberitahu polis dia sedang tidur semasa penerbangan itu dan tangannya yang secara tidak sengaja terkena pelajar berkenaan telah disalah anggap sebagai melakukan gangguan seksual.

Narasimha mengesahkan mangsa tidak membuat aduan kepada kru kabin pesawat.

"Kami akan memanggil kru kabin untuk disoal," katanya.

Kru tidak mengetahui tentang kejadian itu sehingga pelajar itu membuat laporan kepada staf di lapangan terbang.

"Sekiranya insiden tersebut berlaku semasa di udara, pihak kru perlu membuat laporan dengan jabatan keselamatan di pejabat Bangalore (pejabat syarikat penerbangan)," kata satu sumber. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

April Tarikh Mengundi Baru Di Thailand

default image

Wanita Hamil Selama 44 Tahun

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain