Serangan Bom Di Kaherah, Tiada Mangsa Cedera - Dunia | mStar

Serangan Bom Di Kaherah, Tiada Mangsa Cedera

KAHERAH: Sebuah bom yang disasarkan ke sebuah mahkamah di Kaherah meletup pada Selasa.

Insiden itu berlaku sebelum pusat mengundi dibuka untuk referendum perlembagaan yang diboikot oleh penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ia adalah keganasan terbaharu sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu.

Rakyat Mesir mula mengundi dalam satu pungutan suara pada Selasa untuk meminda Perlembagaan yang dilihat memberi peluang kepada Jeneral Abdel Fatah al-Sisi bertanding dalam pilihan raya Presiden.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ustazah sekolah dikhuatiri hilang