Tahun Baharu Cina: 61 Penerbangan Tambahan Antara China - Malaysia - Dunia | mStar

Tahun Baharu Cina: 61 Penerbangan Tambahan Antara China - Malaysia

BEIJING: Sejumlah 19,486 tempat duduk ditawarkan menerusi 61 penerbangan tambahan untuk perjalanan sehala antara Malaysia dan China sempena fenomena balik kampung Festival Musim Bunga atau 'Chunyun' dalam bahasa Cina, bermula Khamis ini.

Pengarah Perkhidmatan Maklumat, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Zhong Ning memberitahu Bernama, Selasa, bahawa penerbangan tambahan adalah kerana Malaysia merupakan destinasi pelancongan utama bagi rakyat negara itu.

Pada masa ini terdapat 222 penerbangan antara kedua-dua negara, katanya.

Chunyun, yang bermula dari 16 Januari hingga 24 Februari ini digambarkan sebagai pergerakan manusia terbesar di dunia. Ia adalah tempoh perjalanan paling sibuk di China apabila rakyatnya di seluruh negara pulang untuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Tahun ini, kira-kira 42 juta penumpang dijangka memilih perjalanan melalui udara semasa waktu puncak sambutan 40 hari Festival Musim Bunga, naik 10 peratus setiap tahun, kata Timbalan Pentadbir CAAC Xia Xinghua dalam sidang media pada Selasa.

"Kawasan lalu lintas yang padat termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, barat daya dan timur laut China serta negara jiran seperti Thailand, Korea dan Malaysia," katanya.

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 31 Jan ini, dijangka lebih 3.62 bilion perjalanan dibuat semasa musim perayaan itu.

Bilangan penumpang dijangka meningkat lebih 200 juta orang berbanding tahun lepas, kata Timbalan Ketua Suruhanjaya Pembaharuan Pembangunan Negara, Lian Weiliang.

Jumlah pengangkutan harian dijangka mencecah 81.9 juta, peningkatan 5.8 peratus berbanding tahun sebelum ini, katanya.

Kira-kira 257.8 juta penumpang dijangka menggunakan kereta api semasa tempoh pulang ke kampung, meningkat 7.9 peratus tahun demi tahun, manakala 43 juta dijangka menggunakan pengangkutan air, meningkat 1.1 peratus berbanding tahun sebelum ini.

Tahun ini Kementerian Kereta Api China melancarkan laman web rasmi www.12306.cn buat julung kali bagi memudahkan pembelian tiket kereta api.

Dilaporkan lebih satu bilion tiket kereta api dijual dalam tempoh minggu pertama bulan ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Puncak Tertinggi New Zealand Mengecil

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain