suria

Mayat Warga Britain & New Zeland Mati Ditembak Ditemui

TRIPOLI: Tentera Libya pada Khamis menjumpai mayat seorang lelaki warga Britain dan seorang wanita dari New Zealand yang mati ditembak di barat daya Tripoli.

Menurut sumber, mayat kedua-dua mangsa yang mati ditembak itu ditemui terdampar di sebuah pantai di Mellitah pada petang Khamis.

Katanya, mayat mereka telah dibawa ke Tripoli tetapi tiada butiran lanjut mengenai punca kematian didedahkan.

Britain dan New Zealand berkata mereka sedang menunggu maklumat lanjut untuk mengesahkan laporan itu.

Seorang pegawai Kementerian Luar Britain berkata, adalah amat penting untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai mangsa selepas pengumuman penemuan kedua-dua mayat itu.

Sementara itu, Kementerian Luar New Zealand berkata, mereka mengetahui mengenai laporan tersebut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Sumber berkata, mayat kedua-dua mangsa itu masih belum dikenalpasti dan keluarga terdekat masih belum dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain