Kevin Rudd. Foto EPASYDNEY: Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd pada Isnin mengumumkan kabinetnya yang akan melibatkan sejumlah besar wanita, dan memfokuskan kepada ekonomi menjelang pilihan raya akan datang.Rudd kembali menjadi perdana menteri pada Rabu lepas, tiga tahun selepas beliau ditewaskan oleh Julia Gillard, daripada Parti Buruh. "Saya berbesar hati apabila kabinet ini akan mempunyai sebilangan wanita, bilangan yang paling besar dalam mana-mana kabinet dalam sejarah Australia," kata Rudd. - AFP