suria

Gempa Bumi 5.5 Skala Richter Di Nepal

KATHMANDU: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter menggegarkan barat laut Nepal, Jumaat.

Jurucakap Rangkaian Seismologi Kebangsaan, Dili Ram Tiwari berkata, pusat gempa dikesan berada di barat daya daerah Rukum, kira-kira 280 kilometer ke barat Kathmandu.

Tiada sebarang kecederaan atau kemusnahan infrastruktur dilaporkan setakat ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain