suria

Ribuan Berarak Ke Dataran Taksim, Protes Pembunuhan Kaum Kurdish

ISTANBUL: Ribuan penunjuk perasaan berarak ke Dataran Taksim di Istanbul pada Sabtu sambil melaungkan slogan menentang kerajaan dan polis selepas anggota keselamatan membunuh seorang penunjuk perasaan berketurunan Kurdish di tenggara Turki.

Bantahan itu telah dirancang sebagai sebahagian daripada perhimpunan besar-besar yang tiada kaitan dengan demonstrasi anti kerajaan yang bermula sejak hujung Mei lalu.

Namun kini ia bertukar menjadi suara perpaduan dengan kaum Kurdish selepas insiden pembunuhan pada Jumaat.

"Perjuangan baru saja bermula dan ia akan berterusan. Negara yang kejam akan menerima padahnya!," laung penunjuk perasaan tersebut.

Anggota keselamatan berketurunan Turki membunuh seorang lelaki kaum Kurdish dan mencederakan 10 yang lain apabila mereka melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan.

Insiden di daerah Lice yang terletak dalam wilayah Diyarbakir itu merupakan keganasan terburuk di wilayah tersebut sejak pengisytiharan gencatan senjatan pada Mac oleh ketua pemberontak Kurdish yang dipenjarakan, Abdullah Ocalan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain