Lelaki Tahan 3 Wanita Selama 10 Tahun Di Tingkat Bawah Rumahnya Didakwa Di Mahkamah - Dunia | mStar

Lelaki Tahan 3 Wanita Selama 10 Tahun Di Tingkat Bawah Rumahnya Didakwa Di Mahkamah

CLEVELAND (Ohio): Pihak pendakwaraya telah mendakwa seorang lelaki berusia 52 tahun atas dakwaan menculik, merogol dan mengurung tanpa rela tiga wanita muda selama 10 tahun di tingkat bawah rumahnya di sini.

Ia adalah salah satu kes penculikan terburuk dalam sejarah negara itu.

Tertuduh Ariel Castro, sebelum ini adalah seorang pemandu bas sekolah dan juga pemain muzik salsa.

Dia juga seorang berketurunan Hispanik iaitu mereka yang berasal dari Amerika Latin.

Salah seorang wanita yang menjadi mangsa tahanannya telah melahirkan seorang anak perempuan sepanjang tempoh penahanan mereka itu.

Dan tempat mereka dikurung itu terletak hanyalah beberapa kilometer sahaja daripada tempat mereka diculik.

Ketiga-tiga mangsa dikurung dan dirantai di tingkat bawah tanah rumah tertuduh selama lebih sepuluh tahun dan disangka mati oleh ahli keluarga masing-masing sehinggalah salah seorang daripada mereka yang bernama Amanda Berry, berjaya meloloskan diri sehingga ke pintu hadapan rumah itu dan menjerit meminta tolong.

Jeritannya itu didengari oleh salah seorang jiran yang sedang menikmati makan tengah hari di hadapan rumahnya.

Castro turut dituduh merogol Berry, 27, Gina DeJesus, 23 dan Michelle Knight,32, demikian menurut kertas pendakwaan yang dibentangkan oleh Pendakwaraya Victor Perez.

Tertuduh juga turut berhadapan dengan empat lagi dakwaan menculik termasuklah anak Amanda Berry yang bernama Jocelyn dan kini sudah berusia enam tahun dan dilahirkan di dalam kurungan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Cliveland, Ed Tomba, sepanjang tempoh penculikan itu, ketiga-tiga mangsa hanya pernah keluar dari rumah berkenaan dua kali sahaja iaitu untuk ke garaj kereta di belakang rumah itu.

Ketiga-tiga mereka juga kata Ed, ditahan dan dikurung di dalam tiga bilik yang berasingan tetapi mereka mengenali antara satu sama lain sepanjang tempoh berada di dalam rumah tersebut.

Dua orang saudara Castro iaitu Pedro, 54, dan Onil, 50 turut ditahan polis Isnin lalu kerana mereka berada bersama tertuduh ketika dia ditahan tetapi siasatan mendapati mereka tiada kena mengena dengan kes penculikan itu atau mengetahui mengenai penahanan ketiga-tiga mangsa di dalam rumah saudara mereka itu.

Berry telah pun dibenarkan keluar dari hospital dan dihantar oleh pihak polis dan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ke rumah adik perempuannya Beth Serrano.

DeJesus pula turut diiringi pihak berkuasa ke rumah ibu bapanya yang dipenuhi dengan sanak saudara dan juga sahabat handai.

Di luar kediaman mereka, orang ramai menjerit-jerit nama Gina sebagai tanda sokongan moral kepada mangsa penculikan itu dan juga ahli keluarganya.

Berry hilang pada 21 April 2003, ketika dia dalam perjalanan pulang daripada tempat dia bekerja di restoran Burger King yang hanya terletak beberapa blok daripada rumahnya manakala DeJesus pula hilang ketika berusia 14 tahun ketika dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah pada 2 April 2004.

Knight, yang berusia 20 tahun pada hari kehilangannya kali terakhir dilihat di rumah sepupunya pada 23 Ogos 2002.

Dia pada mulanya dikhuatiri lari dari rumah.

Ketiga-tiga mereka disangka telah meninggal dunia selepas segala usaha untuk mencari dan mengesan berakhir dengan kegagalan dan kehampaan.

Para pengkritik telah mempersoalkan bagaimanakah pihak polis gagal mencari mereka untuk sekian lamanya.

Malah ibu kepada salah seorang mangsa telah mati kerana merana dan patah hati di atas kehilangan anaknya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain