suria

Tujuh Terbunuh Kilang Bunga Api Meletup Di Utara India

LUCKNOW: Sekurang-kurangnya tujuh orang meninggal dunia dan beberapa orang yang lain telah cedera akibat letupan di sebuah kilang bunga api haram di utara India.

Pegawai polis Arun Kumar berkata letupan itu berlaku lewat Isnin di Auriya, sebuah bandar kecil di negeri Uttar Pradesh di India.

Pada masa itu, pekerja sedang bekerja lebih masa membungkus bungkusan terakhir bunga api sebelum perayaan Diwali pada Selasa.

Kumar, pada Selasa berkata setakat ini tidak dapat dipastikan punca letupan, yang turut memusnahkan dua rumah berdekatan.

Beliau berkata pemilik tidak mempunyai lesen untuk mengendalikan kilang tersebut.

Kumar berkata lapan polis telah digantung jawatan kerana gagal menutup kilang ini, yang terletak kira-kira 50 meter (160 kaki) dari balai polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain