suria

Banjir Di Venice Mulai Surut

ROME: Banjir di Venice pada Selasa telah surut daripada rekod tertinggi sepanjang hujung minggu lalu yang telah menyebabkan banyak bandar di tenggelami serta empat orang ditemui mati akibat banjir dan hujan lebat di Tuscany, Itali. Paras air di Venice mencapai paras 149 sentimeter pada Ahad - paras tertinggi sejak 2008 - mencetuskan amaran merah di bandar tersebut. Paras tertinggi maksimum yang diramal di Venice pada minggu ini adalah 90 sentimeter (35 inci) pada Selasa, 85 pada Rabu, 80 pada Khamis dan 60 pada Jumaat. Banjir bulan ini telah menghidupkan semula kontroversi kelewatan dalam menyiapkan sistem empangan berbilion-bilion euro (dollar) di sekitar lagun di Venice.

Artikel Berikut

Artikel Lain