suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Wanita Ditangkap Kerana Terlibat Jaringan Pengedaran Dadah

JAKARTA: Seorang wartawan wanita adalah antara lima yang ditahan pengawai penguatkuasa Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia di sini sejak beberapa hari lepas kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah jaringan antarabangsa.

Pihak berkuasa merampas dadah jenis syabu dan sejumlah wang asing palsu dominasi 100 dolar Amerika dan 100 Euro yang diisi dalam dua kotak besar daripada suspek-suspek itu.

Timbalan Penguasa BNN, Benny Mamoto memberitahu media tempatan bahawa pegawai penguatkuasa badan itu merampas dadah jenis syabu seberat 2.6 kg ketika wartawan wanita terbabit ditangkap bersama seorang wanita lain di kawasan sekitar Jalan Thamrin di sini pada Isnin.

Pihak berkuasa turut menahan suami wartawan wanita itu, yang merupakan seorang rakyat Cameroon di tempat sama.

Penangkapan mereka kemudiannya membawa kepada penahanan dua lagi suspek di Manggarai, Jakarta Selatan, yang disyaki turut terlibat dalam jaringan pengedaran dadah itu.

Pada hari berikutnya, pegawai penguatkuasa BNN yang menggeledah rumah wartawan wanita dan suaminya itu di dua kawasan, di sini telah menemui wang asing palsu dominasi 100 dolar Amerika dan 100 Euro yang diisi dalam dua kotak besar.

Turut ditemui ialah bahan-bahan yang diguna untuk pembuatan wang palsu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain