suria

Guatemala Dilanda Gempa Bumi Sederhana

GUATEMALA: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegar pantai Pasifik di Guatemala pagi Isnin, cuma empat hari selepas gempa kuat mengorbankan berpuluh orang di negara Amerika Tengah itu.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berpusat pada 180 kilometer barat daya Guatemala City berdekatan pantai negara berkenaan manakala kedalaman direkodkan ialah 29 kilometer.

Rabu lalu, gempa bumi berukuran 7.4 magnitud menyebabkan 52 orang terkorban dalam kejadian gempa paling kuat dalam tempoh 36 tahun negara itu. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain