suria

Gempa Bumi Kuat 6.6 Magnitud Di Myanmar

YANGON: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda pusat Myanmar pada Ahad, kira-kira 60 km (37 batu) dari barat laut bandar Mandalay, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Tidak terdapat laporan segera kerosakan atau kecederaan akibat gempa bumi itu, yang pada mulanya diukur pada 7.0 magnitud.

Penduduk dari Mandalay, bandar komersial kedua terbesar di tengah Myanmar, memberitahu Reuters bahawa mereka merasakan gegaran yang sangat kuat pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

"Saya tidak pernah berasa gegaran kuat seperti ini. Saya juga mendengar beberapa bunyi bising dan cahaya. Saya tiada tahu tentang kerosakan," kata seorang penduduk tempatan.

Beberapa gegaran susulan yang sangat kuat juga melanda rantau ini.

Jabatan Meteorologi Mandalay berkata gempa bumi itu melanda tebing barat Sungai Ayeyawaddy, sungai terbesar di Myanmar dan laluan air komersial yang paling penting, tetapi masih belum menerima laporan kerosakan.

Penduduk di Bangkok, bandar di negara jiran Thailand, turut merasakan gempa bumi yang kuat.

Myanmar adalah di kalangan negara-negara termiskin di Asia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain