suria

BBC Dalam Krisis Selepas Ketuanya Meletak Jawatan

LONDON: Ketua BBC pada Sabtu meletak jawatan secara mendadak hanya selepas dua bulan bertugas, selepas penyiar berita perdana awam itu secara salah membabitkan seorang ahli politik British dalam penderaan seks kanak-kanak.

George Entwistle membawa BBC ke kancah krisis dalam pertempuran untuk mempertahankan reputasinya ekoran laporan skandal melibatkan Jimmy Savile, yang pernah pada suatu masa menjadi bintang BBC yang kini didakwa menjadi pesalah seks bersiri.

"Peristiwa yang tidak dapat diterima beberapa minggu yang lalu telah membawa saya membuat kesimpulan bahawa BBC harus melantik pemimpin baru," Entwistle berkata dalam satu kenyataan di luar ibu pejabat penyiar televisyen di London .

"Menjadi Ketua Pengarah BBC walaupun untuk tempoh yang singkat, dan dalam keadaan paling mencabar, telah menjadi satu penghormatan besar."

Entwistle, 50, mengumumkan peletakan jawatannya sehari selepas program berita perdana BBC Newsnight telah dipaksa untuk meminta maaf kerana salah membabitkan seorang tokoh kanan parti Konservatif dalam penyalahgunaan di rumah kanak-kanak Welsh pada 1970-an.

Ketua pengarah ini berkata beliau tidak menyedari laporan Newsnight pada minggu lepas sebelum ia disiarkan, tetapi berkata berhenti adalah "perkara yang mulia untuk dilakukannya" memandangkan beliau juga adalah ketua editor, yang akhirnya bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap output BBC.

Tim Davie, yang kini pengarah audio dan muzik BBC, akan mengambil alih tempat dengan jawatan pemangku ketua pengarah.

Artikel Lain