suria

Lelaki Di Sebalik Filem Hina Islam Dijatuhi Hukuman Penjara Satu Tahun

LOS ANGELES: Lelaki di sebalik filem anti-Islam yang membawa kepada keganasan di kebanyakan bahagian Timur Tengah dijatuhi hukuman satu tahun penjara persekutuan bagi perlanggaran akhlak dalam perkara tidak berkaitan, dan kemudiannya mengeluarkan kenyataan provokatif melalui wakilnya.

Hukuman dijatuhkan pada Rabu, setelah rayuan dibuat peguam Mark Bassely Youssef dengan pendakwa persekutuan.

Youssef mengaku secara terbuka di mahkamah bahawa dia telah menggunakan beberapa nama palsu melanggar perintah dan mendapat lesen memandu di bawah nama palsu.

Dia adalah dalam tempoh percubaan terhadap kes penipuan bank.

Tidak lama selepas Youssef meninggalkan mahkamah, peguamnya, Steven Seiden, melangkah ke hadapan mahkamah dan memberitahu pemberita bahawa anak guamnya mahu menyampaikan mesej.

"Satu perkara yang dia mahu saya beritahu anda semua, Presiden Obama mungkin telah mendapat Osama bin Laden, tetapi dia tidak membunuh ideologinya," kata Seiden.

Ditanya apa yang dimaksudkan, Seiden berkata, "Saya tidak bertanya kepadanya, dan saya tidak tahu."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain