Kemenangan Obama Mengesahkan Kepercayaan Rakyat Amerika Terhadap Kepimpinannya - PM Singapura - Dunia | mStar

Kemenangan Obama Mengesahkan Kepercayaan Rakyat Amerika Terhadap Kepimpinannya - PM Singapura

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan kemenangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai mengesahkan sekali lagi kepercayaan rakyat Amerika terhadap kepimpinannya.

Dalam surat ucapan tahniahnya, Lee berkata: "Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kerana anda dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat!"

"Kemenangan anda ini mengesahkan kepercayaan rakyat Amerika terhadap kepimpinan anda. Amerika berdepan pelbagai cabaran, tetapi ia adalah sebuah negara yang dinamik dan berdaya tahan. Saya yakin ia akan pulih kukuh tidak berapa lama lagi, memberikan manfaat kepada rakyat Amerika dan seluruh dunia. Singapura ucapkan selamat maju jaya bagi memimpin negara anda untuk maju ke hadapan," katanya.

Sambil berterima kasih kepada Presiden atas komitmen kukuh terhadap hubungan Amerika-Singapura dan seluruh rantau Asia Pasifik dalam tempoh penggal pertamanya, Lee berkata kedua-dua negara menikmati hubungan cemerlang, di bawah Perjanjian Rangka Kerja Strategik dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika-Singapura.

"Dalam tempoh empat tahun yang lalu, kita telah meningkatkan lagi hubungan ini menerusi Dialog Rakan Kongsi Strategik. Kami juga mengalu-alukan pengimbangan semula yang menyeluruh pentadbiran anda terhadap Asia dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dan berharap ia diteruskan semasa penggal kedua anda. Kehadiran Amerika merupakan tonggak kepada kestabilan dan kemakmuran ekonomi serantau," kata Lee.

Lee berkata beliau tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Obama dan pentadbirannya dalam meningkatkan hubungan dua hala serta mengukuhkan lagi penglibatannya dengan Asia, termasuk menerusi Program Latihan Negara Ketiga mereka.

"Anda boleh terus bergantung harap pada Singapura sebagai sahabat dan rakan. Saya tidak sabar-sabar untuk bertemu anda lagi di Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-7 di Phnom Penh lewat bulan ini," katanya.

Dalam suratnya yang berasingan, Lee juga mengucapkan tahniah kepada Joe Biden kerana dipilih semula sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Gempa Di Guatemala Korbankan 48 Orang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain