suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongres Parti Komunis China Akan Mula Bersidang Khamis Selama 7 Hari

BEIJING: Kongres Parti Komunis China yang akan mengisytiharkan pemimpin mereka yang baru akan bermula Khamis ini selama tujuh hari.

"Kongres ini akan berlangsung selama tujuh hari sehingga 14 November," kata jurucakap parti, Cai Mingzhao kepada pada wartawan pada Rabu.

Pada kongres ini, Presiden Hu Jintao akan mengumumkan persaraannya dari kepimpinan parti dan diikuti dengan perlepasan jawatan presiden negara pada Mac tahun depan.

Amalan ini telah menjadi satu tradisi dalam sistem Parti Komunis China - menukar pucuk pimpinan parti dan negara pada setiap 10 tahun.

Jawatan Hu sebagai setiausaha agung parti akan diganti oleh Naib Presiden, Xi Jinping.

Jinping akan turut mengambil alih jawatan presiden Republik Rakyat China Mac tahun depan.

Xi Jinping, 59, bakal mengetuai sebuah negara dengan kekuatan ekonomi yang kedua terbesar di dunia dan terpadat di dunia.

Beliau telah berkhidmat sebagai orang nombor dua kepada Hu sejak 2008.

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain