suria

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

MANILA: Polis berkata seorang wartawan radio telah ditembak oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal di utara Filipina.

Ketua Polis Bandar Cabanatuan Eli Depra berkata motif pembunuhan Julius Cauzo pada awal hari Khamis tidak diketahui.

Rakannya di stesen radio DWJJ, Elena Quijano, berkata dia telah menerima ugutan bunuh tetapi tidak jelas mengapa.

Beliau adalah naib presiden kelab akhbar wilayah.

Pusat pemantau media untuk Kebebasan dan Tanggungjawab Media mengatakan jika kematiannya didapati berkaitan tugasan, dia akan menjadi wartawan keempat dibunuh di Filipina tahun ini.

Lebih daripada 150 wartawan telah dibunuh di Filipina sejak 1986, termasuk 32 pada tahun 2009.

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain