suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Di Guatemala Korbankan 48 Orang

SAN MARCOS (Guatemala): Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 magnitut telah mengeggarkan Barat Daya Guatemala pada Rabu mengorbankan 48 orang.

Gempa itu juga turut dirasai di sempadan Mexico dan El Salvador mencetuskan kebimbangan tsunami di pantai Salvador.

Presiden Otto Perez mengesahkan seramai 23 orang lagi masih disahkan sebagai hilang sekaligus mencetuskan kebimbangan angka kematian mungkin akan terus meningkat.

Perez memberitahu sebahagian besar mangsa korban adalah di bandar ini yang terletak 250 kilometer dari bandar Guatemala.

Di Kampung San Cristobal Cucho, satu keluarga terdiri daripada 10 orang disahkan terkorban apabila rumah mereka ranap ditimpa batu besar yang jatuh dari pinggir bukit.

Artikel Sebelum

Wartawan Radio Filipina Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain