suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir: 11 Mati, 3.400 Dipindah di Haiti

PORT-AU-PRINCE: Seramai 11 orang mati dan beribu-ribu lagi terpaksa dipindahkan berikutan hujan lebat melanda utara Haiti sejak beberapa hari lalu.

Laporan awal Pejabat Perlindungan Awam negara itu berkata, hujan sejak Khamis lalu di utara bandar Cap-Haitien memusnahkan lebih 2,300 rumah dan kira-kira 3,400 orang ditempatkan di pusat penempatan sementara.

Laporan itu juga berkata, 11 yang terkorban termasuk kanak-kanak atau remaja manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Banjir buruk itu melanda cuma dua minggu selepas Taufan Sandy melanda bahagian barat pulau berkenaan yang menyebabkan 54 orang mati dan merosakkan 70 peratus tanaman musnah di pantai selatan Haiti.

Sementara itu, kerajaan Haiti mengisytiharkan darurat selama sebulan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain