suria

Pemimpin Rusia, Putin, Namakan Kabinet Baru

MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin pada Isnin, menamakan Kabinet baru, memberi peringatan kepada ahli-ahlinya keperluan memenuhi tugas mereka dalam iklim ekonomi global yang sukar.

Beberapa menteri utama, termasuk menteri luar negara, pertahanan dan kewangan, telah kekal di tempat duduk mereka, tetapi tempat lain yang tidak popular telah digantikan.

Putin, yang memenangi penggal ketiga dalam pilihan raya Mac berkata Kabinet baru yang diketuai oleh Perdana Menteri Dmitry Medvedev perlu meneruskan bidang yang ditetapkan pada tahun-tahun sebelumnya.

"Keadaan ekonomi global adalah tidak jelas, terdapat banyak faktor yang menjadikan ia sukar difahami," kata Putin dalam ucapan di televisyen mengenai Kabinet baru. "Dalam keadaan ini, anda perlu memenuhi program pembangunan Rusia."

Medvedev meletak jawatan sebagai presiden untuk memberi laluan kepada Putin di tapuk pemerintahan tertinggi.

Putin berkhidmat sebagai perdana menteri selama empat tahun selepas melepaskan jawatan presiden selepas dua penggal yang dihadkan.

Ramai ahli Kabinet lama dikekalkan kerusi mereka, termasuk Menteri Luar Sergey Lavrov, Menteri Pertahanan Anatoly Serdyukov dan Menteri Kewangan Anton Siluanov. Timbalan Perdana Menteri Pertama Igor Shuvalov bertahan di kerusinya walaupun mengalami kontroversi.

Artikel Lain