suria

Wanda Beli Pawagam AS, AMC Entertainment

BEIJING: Kumpulan Hartanah China, Wanda pada Isnin berkata, mereka bersetuju untuk membeli rangkaian pawagam Amerika Syarikat (AS), AMC Entertainment bernilai $2.6 bilion.

Ia sekali gus akan menjadikan syarikat tersebut pemilik pawagam terbesar di dunia.

Wanda akan melaburkan baki sebanyak $500 juta dalam AMC untuk inisiatif operasi dan strategik pada masa hadapan.

Portfolio Wanda termasuk memiliki 86 pawagam di China dengan keseluruhan 730 skrin selain kepentingan dalam penerbitan dan pengedaran filem.

"Pemerolehan ini akan membantu Wanda menjadi pemilik pawagam global secara sah. Kami berkongsi keghairahan bersama AMC untuk membangunkan industri perfileman di seluruh dunia," kata Pengerusi dan Presiden Wanda, Wang Jianlin.

AMC memiliki 346 teater multipleks yang terletak di Amerika Syarikat dan Kanda dengan 5,034 buah skrin.

Ibu pejabat AMC akan kekal di Kansas City, Amerika Syarikat selepas perbincangan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain