suria

Remaja Taiwan Bersalin Di Tandas Sekolah

TAIPEI: Seorang pelajar Taiwan berusia 14 tahun melahirkan anaknya di sebuah tandas sekolah selepas guru-gurunya dikatakan gagal untuk mengesan dirinya mengandung, kata polis pada Khamis.

Menurut polis, remaja berkenaan yang mengadu sakit perut ketika berada dalam kelas pada Rabu pergi ke bilik sakit di sekolahnya dan dimaklumkan oleh jururawat supaya pergi ke tandas, di tempat dia bersalin.

Pihak sekolah berkata, mereka tidak menyedari pelajar itu mengandung kerana mempunyai berat badan berlebihan.

Dan tidak dipastikan sekiranya pelajar itu menyedari situasi yang dihadapinya. - AFP

Artikel Lain