suria

Pemberontak Bunuh Empat Tentera Berkawal Di Sekolah Selatan Thai

PATTANI: Empat tentera terbunuh dan dua lagi cedera apabila sekumpulan pemberontak muslim yang menyamar sebagai renjer separa tentera menyerang kumpulan tentera yang sedang berkawal di sebuah sekolah di selatan Thailand, Rabu.

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan telah ditembak di bahagian perut dalam serangan itu.

Jeneral Lt. Polis, Satanfah Wamasing berkata 15 penyerang itu menuju ke arah sekolah dan mula berbincang dengan tentera-tentera yang sedang mengawal para guru yang bertugas di sekolah tersebut.

Mereka telah melepaskan tembakan dari jarak dekat dan meloloskan diri dengan empat pucuk rifel automatik.

Pertumpahan darah yang berlaku di daerah Rue So, Narathiwat itu adalah gelombang keganasan terbaru dalam wilayah muslim Thailand terbesar itu sejak kumpulan pemberontak Islam mula bergolak pada 2004.

Tentera kerajaan sering ditugaskan untuk mengawal guru dan sami di kawasan itu.

Penyelidik senior kumpulan Human Rights Watch, Sunai Phasuk dalam kenyataan di akaun Twitternya berkata, kumpulan mereka dari New York itu telah memberikan amaran kepada pihak berkuasa Thai “bahawa penggunaan sekolah secara serentak bagi tujuan ketenteraan dan pendidikan akan merisikokan orang ramai.”

Bagaimanapun Sunai menyelar serangan itu dengan berkata: “Kumpulan pemberontak itu tahu mereka akan mencederakan pelajar dan guru. Tindakan ganas itu menjijikkan.” - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palestin Masih Perlukan 9 Undi

Artikel Lain