suria

Taufan Nesat Menuju Ke China Selepas Filipina

HONG KONG: Taufan Nesat yang telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan di Filipina pada awal minggu ini mula menjejaskan penduduk di sini apabila ia menghentam bandar itu, Khamis.

Taufan Nesat yang mengakibatkan 35 orang terbunuh dan 45 mangsa hilang di Filipina telah melepasi Laut China Selatan dan menuju ke Hong Kong hingga menjejaskan pasaran saham dan operasi perniagaan di sini.

Bandar yang menjadi pusat kewangan Asia yang sentiasa sibuk itu kini bertukar menjadi sunyi dan sepi dengan hanya beberapa orang saja kelihatan berada di luar.

Penyiar awam RTHK melaporkan dua orang tercedera apabila perancah buluh yang diterbangkan angin menusuk ke arah sebuah teksi, manakala seorang lagi orang awam turut cedera selepas dihempap oleh pokok tumbang.

Laporan sebuah berita berkata, bot-bot besar yang hanyut dan menghempas tembok laut di pulau itu telah memaksa apartmen-apartmen yang berhampiran dikosongkan dengan serta-merta.

Hong Kong Observatory berkata, taufan itu dilaporkan menuju ke Hong Kong pada kira-kira pukul 11 pagi dengan kelajuan 220 batu sejam (350km/s) di kawasan barat daya bandar itu.

Menurut Biro Meteorologi Hainan, taufan tersebut menuju ke arah barat dan dijangka tiba di kawasan Hainan dan wilayah Guangdong, China pada tengah hari atau petang Khamis.

Biro itu turut melaporkan perkhidmatan feri di Hainan terpaksa dihentikan dan wilayah itu kini bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir dan gelongsoran lumpur.

Pusat Meterorologi Kebangsaan melaporkan bot-bot perikanan di pelabuhan dan kawasan sekolah turut dihentikan terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.

Serangan taufan kali ke-17 itu dijangka menjadi yang paling dahsyat menghempas Hainan pada tahun ini. - AP

Artikel Sebelum

Taufan Nesat Membadai China Pula

Artikel Berikut

Artikel Lain