suria

Jumlah Korban Taufan Nesat Meningkat Kepada 18 Orang

MANILA: Jumlah kematian akibat taufan Nesat di Filipina meningkat kepada 18 orang pada Rabu dalam usaha kerajaan menyelamatkan lebih banyak penduduk daripada satu lagi ribut yang dijangka melanda timur negara itu.

Para penyelamat melaporkan dua lagi kematian berlaku pada malam Selasa manakala 35 lain masih hilang sehari selepas taufan Nesat membawa hujan lebat dan ribut di Pulau Luzon.

"Kami berusaha untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik dan komunikasi hari ini manakala usaha membaiki dan membersihkan 61 jalan di seluruh Luzon sedang dibuat," katanya.

Kemuncak taufan Nesat berlaku pada Selasa apabila ribut melanda dinding penahan ombak dekat Manila Bay hingga menyebabkan banjir melanda kawasan hospital, hotel serta Kedutaan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, sebuah biro cuaca tempatan memberitahu satu ribut tropika dari Lautan Pasifik sedang menghala ke Luzon dan dijangka melanda kawasan itu tempoh seminggu. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palestin Masih Perlukan 9 Undi

Artikel Lain